Perkembangan Pendidikan Bahasa Jepun di Malaysia

ebook

By Roswati Abdul Rashid

cover image of Perkembangan Pendidikan Bahasa Jepun di Malaysia

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

"Perkembangan Pendidikan Bahasa Jepun di Malaysia" merupakan tajuk yang diberikan kepada naskhah ini yang menggambarkan susur galur perkembangan pendidikan bahasa Jepun sejak dari mula ia bertapak di Malaysia pada pertengahan tahun 1960-an. Buku ini adalah himpunan perkongsian pengalaman yang dilalui, pengetahuan yang dikutip, pandangan serta idea para penulis terhadap perkembangan pendidikan bahasa Jepun, kaedah pembelajaran dan pengajaran bahasa Jepun dan juga kajian yang berkaitan dengan pendidikan bahasa Jepun di Malaysia. Malah, dapatan kajian yang ditemui juga boleh dijadikan rujukan untuk perancangan pembangunan pembelajaran bahasa dan budaya Jepun pada peringkat seterusnya. Dari segi latar belakang para penulis pula, mereka terdiri daripada para tenaga pengajar, penyelidik, pelajar dan pegawai yang terlibat secara langsung dengan pendidikan bahasa Jepun di Malaysia. Buku yang mengandungi 17 bab ini dibahagikan kepada tiga tema utama iaitu Sejarah, Isu dan Cabaran Pendidikan Bahasa Jepun; Penyelidikan Bahasa Jepun; dan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Jepun. Tema-tema ini dipilih berdasarkan pelbagai rencah dan ranjau yang melatari perkembangan pendidikan bahasa Jepun sejak ia bertapak di Malaysia lebih dari setengah dekad. Oleh sebab itu, buku ini amat sesuai dijadikan sebagai rujukan bukan sahaja kepada pelajar, pengajar dan penyelidik tetapi juga boleh dijadikan rujukan kepada penggubal polisi pendidikan bahasa dan penggiat budaya Jepun di Malaysia.

Perkembangan Pendidikan Bahasa Jepun di Malaysia