
Sign up to save your library
With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.
Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Search for a digital library with this title
Title found at these libraries:
Loading... |
Buku masakan 'Kepelbagaian Menu Berasaskan Madu Kelulut' ini memaparkan menu yang dibahagikan kepada 4 bahagian yang merangkumi resipi pembuka selera, resipi lauk pauk, resipi pencuci mulut dan resipi minuman. Madu kelulut telah dipilih dalam resipi masakan ini kerana komposisi nutrisinya yang kaya dengan asid amino, glukosa, antioksidan, antibakteria, vitamin dan pelbagai mineral yang memberi manfaat kepada kesihatan pengguna. Resipi ini adalah garapan idea penyelidik daripada kumpulan penyelidik lebah dan kelulut UMT. Buku menu masakan berasaskan madu kelulut ini merupakan buku pertama yang mengetengahkan madu kelulut dalam masakan harian dan juga maklumat keselamatan makanan yang dititikberatkan dalam proses penyediaan menu tersebut. Buku ini juga merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan ahli akademik Universiti Malaysia Terengganu dalam memartabatkan masakan popular masyarakat Malaysia.