Puteri Saadong Emansipasi Wanita

ebook

By Azlina Musa

cover image of Puteri Saadong Emansipasi Wanita

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Download Libby on the App Store Download Libby on Google Play

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Library Name Distance
Loading...

Tradisi lisan yang tertua mengisahkan Puteri Saadong di Kelantan sebagai memperingati semula peristiwa mengenai kebenaran kewujudan Puteri Saadong dalam konteks masyarakat secara keseluruhannya. Ini kerana tokoh Puteri Saadong adalah layak untuk diberikan kenangan dan sanjungan yang berpanjangan kerana sumbangan baktinya sebagai wirawati, pejuang negara dan penyelamat negeri Kelantan serta rakyat Kelantan keseluruhannya daripada peristiwa pertumpahan darah akibat tragedi peperangan secara besar-besaran antara Siam dan Kelantan. Peristiwa pertumpahan darah yang mengakibatkan ramai rakyat Kelantan yang terbunuh menjadi kenangan yang berpanjangan dalam warisan sejarah negeri Kelantan. Selain itu, tradisi lisan yang telah disampaikan oleh penutur kepada pendengar cerita menggambarkan bahawa terdapat perbezaan daripada cerita bertulis yang sememangnya sudah pun diketahui umum. Perbezaan kepelbagaian versi cerita lisan yang diperoleh dapat memberikan pewarnaan baharu dalam korpus Melayu tradisional. Puteri Saadong ialah tokoh istana yang secara tersirat dan simboliknya wirawati negara yang telah banyak membantu memberikan sumbangan bakti dan sanggup berkorban nyawa sendiri demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan negeri Kelantan. Segala pengorbanan, jasa khidmat bakti dan sumbangan yang telah dilakukan oleh Puteri Saadong kepada negeri Kelantan tidak terbalas budinya oleh rakyat. Ini kerana Puteri Saadong dikatakan tokoh yang telah menyelamatkan Kelantan daripada jatuh ke tangan pemerintahan Raja Siam. Peristiwa kekalahan Siam menentang Kelantan adalah atas kebijaksanaan akal yang tinggi yang dimiliki oleh Puteri Saadong dan akhirnya membawa pembentukan semula Kelantan sebagai sebuah negeri yang bebas daripada taklukan jajahan Siam yang mana Siam merupakan kuasa terbesar ketika itu

Puteri Saadong Emansipasi Wanita