Konsep Kendiri Tafsiran Lukisan Projektif

ebook

By Mohd Radhi Abu Shahim

cover image of Konsep Kendiri Tafsiran Lukisan Projektif

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

Teknik lukisan projektif merupakan suatu kaedah penilaian psikologi yang mana responden mengunjur keluar (project) naluri, keinginan, perasaan dan minda yang tidak sedar (unconscious mind) terhadap sesuatu rangsangan. Teknik lukisan projektif biasanya menggunakan rangsangan yang kabur, kurang jelas dan tidak berstruktur. Hal ini kerana, rangsangan yang tidak berstruktur, bersifat relatif dan terbuka dapat memberi ruang yang lebih luas kepada responden meluahkan persepsi tanpa dibatasi oleh bias atau kehendak luaran. Andaian bahawa bahan-bahan rangsangan yang tidak berstruktur, relatif dan terbuka mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendedahkan aspek-aspek penting konsep kendiri seseorang dan dikatakan sangat berkesan untuk mendedahkan rahsia yang terpendam atau aspek-aspek personaliti yang tidak sedar berbanding bahan-bahan yang berstruktur seperti soal-selidik dan inventori. Teknik ini tidak membataskan maklum balas responden dan memberi kebebasan kepada responden untuk meluahkan apa-apa yang dirasa dan difikirkan. Hal ini sekaligus mengelakkan responden memberi jawapan yang palsu atau ingin menyembunyikan sesuatu. Penggunaan teknik lukisan projektif berasaskan simbolik Rumah-Pokok-Orang adalah suatu teknik yang digunakan untuk mendapatkan pandangan yang tepat dunia dalaman (inner world) seseorang. Maka, teknik lukisan projektif dapat melihat dengan lebih mendalam konsep kendiri seseorang yang mungkin tidak dapat diukur dengan kaedah objektif semata-mata.

Konsep Kendiri Tafsiran Lukisan Projektif