Struktur Konkrit dan Geoteknik
ebook ∣ Perincian Kurikulum, Prestasi dan Pemodelan FEM
By Mohd Zaid Yusof

Sign up to save your library
With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.
Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Search for a digital library with this title
Title found at these libraries:
Library Name | Distance |
---|---|
Loading... |
Buku Struktur Konkrit dan Geoteknik: Perincian Kurikulum, Prestasi dan Pemodelan FEM ini disasarkan untuk pelajar bidang kejuruteraan dan teknologi terutamanya kejuruteraan awam, bangunan dan bahan. Ia sesuai digunakan sebagai rujukan cepat kepada pelajar-pelajar asasi sains, matrikulasi, diploma dan politeknik yang akan melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah pertama. Selain memfokuskan kepada para pelajar, buku ini juga boleh digunakan sebagai rujukan awal kepada golongan profesional seperti jurutera atau ahli teknologi yang terlibat dalam kerja-kerja baik pulih konkrit atau struktur. Sebagai permulaan, hubung kait antara bidang kejuruteraan dan sains diketengahkan bagi memudahkan para pelajar untuk memperincikan jurusan-jurusan yang boleh diikuti melalui rajah Venn serta kaitannya dengan perjanjian akreditasi profesional Washington Accord dan Sydney Accord; selain tahap keperluan matematik dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Aspek konkrit seterusnya membincangkan tentang prestasi konkrit konvensional, konkrit bertetulang dan juga konkrit berasaskan polimer serta sifat-sifat mekanikal dan ketahanannya. Analisis numerikal (FEM) untuk konkrit bertetulang dan geoteknik turut diperincikan dalam buku ini dengan bantuan contoh kes bagi memudahkan pemahaman pembaca. Kaedah numerikal sebenarnya tidak terhad kepada analisis struktur sahaja tetapi juga digunakan dengan meluas dalam interpretasi atau analisis masalah geoteknik seperti kegagalan asas, anjakan cerucuk, resapan dan kestabilan cerun.