Membina Kerjaya Akademia

ebook

By Emeritus Mohd Azraai Kassim

cover image of Membina Kerjaya Akademia

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Download Libby on the App Store Download Libby on Google Play

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Library Name Distance
Loading...

Kerjaya akademia merupakan salah satu kerjaya yang dinamik, menarik dan memberikan kepuasan kepada para ahli akademik. Namun begitu, pelbagai transformasi telah berlaku dalam bidang pengajian tinggi di peringkat nasional dan global yang melibatkan penawaran program pascasiswazah dan penyelidikan, keperluan akreditasi, jaminan kualiti, e-pembelajaran, pembelajaran sepanjang hayat, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.Kepimpinan negara juga berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa di rantau Asia Tenggara. esemua ini memberikan impak besar dalam kerjaya sebagai ahli akademik. Justeru, kerjaya ini memerlukan keterampilan staf akademik yang berperanan sebagai pakar bidang, pendidik, penyelidik, pengurus dan pemimpin pada waktu yang sama. Sehubungan itu, staf akademik perlu mengambil pendekatan strategik terhadap kerjaya akademia mereka. Pada masa yang sama, organisasi juga wajar merancang pembangunan kerjaya untuk kepentingan dan pembangunan staf. Namun realitinya, ramai dalam kalangan staf akademik tidak betulbetul merancang laluan kerjaya mereka. Akibatnya, mereka sering terlepas peluang untuk maju kepada tahap yang lebih tinggi dalam laluan kerjaya ini.Dalam konteks tersebut, penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pensyarah muda dalam merancang laluan kerjaya masing-masing dan mengurusnya dengan lebih bijak dan strategik melalui petunjuk umum dan panduan yang diketengahkan oleh buku ini. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan rujukan yang bermanfaat kepada para graduan, bakal pensyarah, dan pensyarah universiti yang sedang membina kerjaya mereka sebagai ahli akademik.

Membina Kerjaya Akademia