Penyediaan Graf Penyelidikan

ebook

By Amir Khalid

cover image of Penyediaan Graf Penyelidikan

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

Buku ini menunjukkan dengan jelas kaedah dan langkah-langkah untuk membuat pelbagai jenis graf dengan mengunakan perisian ORIGINPRO. Dengan penggunaan kaedah dan langkah-langkah yang betul maka ianya dapat membantu pelajar untuk menyediakan graf dan rajah yang padat, kemas dan tersusun. Penggunaan pendekatan graf yang tepat juga maka akan terhasil graf yang boleh membantu penyelidik dan pelajar untuk menerangkan taburan data penyelidikan yang kompleks terutama perkaitan dan kesan sesuatu parameter kepada parameter yang lain. Selain daripada itu, graf komprehensif yang terhasil juga amat menepati kehendak jurnal-jurnal penyelidikan berimpak tinggi. Buku ini juga membincangkan tip-tip penting semasa penyediaan graf dan memindahkannya ke laporan atau kertas kerja penyelidikan. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar kejuruteraan malah boleh dijadikan rujukan kepada semua pelajar dan penyelidik dari pelbagai bidang yang memerlukan graf yang menarik sebagai medium pembentangan dan penyediaan laporan. Buku ini diusahakan dengan objektif bagi memudahkan dan memenuhi hasrat para pelajar dan penyelidik semasa menyediakan kertas kerja untuk persidangan, penyediaan laporan akhir penyelidikan dan semasa membuat persediaan pembentangan laporan akhir. Diharap dengan kemahiran yang baik oleh pelajar semasa menyediakan graf dan rajah di universiti maka selepas bergraduan para pelajar boleh menggunakan kemahiran ini dan menerapkan penggunaan graf yang berkesan sewaktu bekerja kelak.

Penyediaan Graf Penyelidikan