
Sign up to save your library
With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.
Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Search for a digital library with this title
Title found at these libraries:
Library Name | Distance |
---|---|
Loading... |
Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Kelebihan dan keunikan pulau ini terletak pada keindahan pantai, persekitaran pulau serta produk hasil lautnya. Perkembangan memberangsangkan dalam pembangunan pelancongan di Pulau Pangkor mendorong kepada kajian dan penyelidikan oleh pelbagai pihak seperti institusi pengajian tinggi, konsultan, kerajaan tempatan, badan bukan kerajaan dan swasta. Hasil penyelidikan tentang pelancongan di pulau ini sama ada dalam bentuk kertas kerja, jurnal, rencana di majalah dan akhbar tempatan sering kali dirujuk. Namun begitu, tidak banyak hasil penerbitan tentang pelancongan di Pulau Pangkor dalam bentuk karya suntingan. Untuk itu, buku Pelancongan di Pulau Pangkor: Kelestarian dan Komuniti ini amat relevan sebagai sumber rujukan kepada pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan pengajian tinggi seperti pensyarah, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah mahupun mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan bidang pelancongan, pembangunan pulau dan pelancongan pulau. Buku ini turut sesuai untuk bacaan umum dan rujukan tambahan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pelancongan pulau termasuklah pendidik dan pelajar sekolah menengah.