Glosari Undang-undang Kontrak

ebook

By Goh Sang Seong

cover image of Glosari Undang-undang Kontrak

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Download Libby on the App Store Download Libby on Google Play

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Library Name Distance
Loading...

Malaysia mengamalkan sistem perundangan Common Law. Oleh hal yang demikian, banyak istilah dalam undang-undang kontrak dipinjam daripada bahasa Inggeris. Rentetannya, istilah-istilah tersebut perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu mengikut prinsip penterjemahan dan pembentukan istilah yang ditetapkan oleh MABBIM. Untuk pemadanan istilah dalam Glosari ini, Pedoman Umum Pembentukan Istilah (1992) dirujuk. Glosari Undang-Undang Kontrak ini memuatkan pelbagai istilah yang sering dijumpai dalam teks undang-undang kontrak bersertakan penerangan konsep secara ringkas. Melalui maklumat ini, pembaca dapat mengenal pasti padanan istilah bahasa Inggeris, dan konsep asas secara ringkas yang ada pada istilah berkenaan. Bagi pembaca yang berminat untuk mengetahui konsep sesuatu istilah dengan lebih lanjut dan mendalam, Akta Kontrak 1950 boleh dirujuk. Untuk memudahkan pencarian maklumat yang berkaitan dengan padanan Akta, dan rujukan penuh bagi singkatan yang digunakan dalam teks undang-undang kontrak, Glosari ini turut melampirkan senarai Akta dan singkatan yang lazim ditemui dalam teks undang-undang kontrak. Kedua-dua lampiran ini memudahkan pembaca untuk mengenal pasti terjemahan Akta dan maksud singkatan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Glosari ini sesuai digunakan sebagai rujukan asas oleh penterjemah teks undang-undang kontrak dan pelajar universiti dalam bidang pengajian penterjemahan dan undang-undang bagi mendapatkan pengetahuan asas tentang istilah serta padanan istilah undang-undang kontrak.

Glosari Undang-undang Kontrak