Pembelajaran Transformatif dan Pertukaran Agama

ebook

By Azhar Abd. Hamid

cover image of Pembelajaran Transformatif dan Pertukaran Agama

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

Buku ini mengupas tentang fenomena pengalaman individu Cina Muslim dalam mengubah perspektif (mind set) terhadap agama Islam. Pada umumnya, tanggapan masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam adalah negatif dan ia sangat berkait rapat dengan pelbagai faktor dalaman dan luaran. Maka, faktor luaran dan dalaman tersebut telah mewujudkan 'Islamophobia' dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Konsep 'Islamophobia' ini meresap dengan mendalam ke dalam pemikiran mereka khususnya selepas peristiwa 9/11. Namun begitu, faktor pencetus dan faktor pembantu lainnya telah menyebabkan mereka mula melakukan refleksi kritikal dan seterusnya membina perspektif makna yang lebih positif terhadap agama Islam. Akhirnya, dengan hidayah daripada Allah, mereka kembali kepada fitrah, iaitu agama Islam. Buku ini juga turut menggambarkan fenomena kembali kepada fitrah ini menerusi proses pembelajaran transformatif yang amat berliku dan mencabar. Rakaman pengalaman yang dilalui oleh individu Cina Muslim ini diperjelas secara terperinci menerusi suatu model yang dinamakan Transformasi Perspektif Terhadap Islam. Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja khususnya mereka yang berkecimpung dalam penyelidikan dalam bidang pembelajaran dewasa, dakwah dan kepimpinan, pendakwah, aktivis perbandingan agama, guru, dan orang awam yang berminat untuk memahami secara lebih mendalam mengapa seseorang itu melakukan perubahan terhadap pemikirannya.

Pembelajaran Transformatif dan Pertukaran Agama