Sumpah Demi Tuhan

ebook

By Bashiruddin Alladin

cover image of Sumpah Demi Tuhan

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

SUMPAH DEMI TUHAN

(KHUDA KI QASAM)

Dalam sejarah manusia, pernahkah ada individu yang membuat pendakwaan dan berbohong dengan menjadikan Allah sebagai saksi terhadap kemusnahan dirinya sendiri dan meskipun begitu dia tetap hidup untuk melihat misinya berhasil?

Mirza Ghulam Ahmad as dari Qadian, India, Pembaharu yang Dijanjikan pada Akhir Zaman adalah orang yang dimaksudkan.

Akhirnya, terjemahan Bahasa Malaysia bagi buku bahasa Urdu yang mengandungi sumpah-sumpah atas nama Tuhan, telah dapat disiapkan di bawah tajuk "SUMPAH DEMI ALLAH".

Buku ini mengandungi 47 sumpah yang dibuat oleh Pembaharu yang Dijanjikan untuk membuktikan kebenarannya bahawa dia telah datang sebagai Pembaharu Akhir Zaman (Reformer of The Latter Days) bagi semua agama utama dunia yang sedang menantikannya.

Di dalam bukunya, beliau berulang kali menyatakan, "Aku bersumpah demi Tuhan yang telah mengutusku yang berdusta ke atas-Nya merupakan perbuatan terkutuk bahawa Dia-lah yang telah mengutus aku sebagai Al-Masih Yang Dijanjikan".

Beliau berkata, "Aku menyatakan dengan penuh keyakinan dan teguh bahawa aku berada di sisi yang benar dan dengan rahmat Allah, aku akan menang dalam perjuangan ini".

Betapa indah doanya, "Wahai Tuhanku, Yang Maha Pemberi Nikmat! Tuhan kami yang Rahim (Maha Mengasihani) terhadap kesengsaraan, perkenankan semua doa-doaku dan kurniakanlah kemenangan ke atas kami terhadap musuh-musuh kami dengan tanda-tanda yang jelas dan nyata. Sesungguhnya, Dia adalah yang Maha Agung yang mempunyai segala kekuatan dan kekuasaan yang mutlak. "

Beliau terpaksa menghadapi penentangan yang tidak terhingga banyaknya, dan beliau berikrar kepada Tuhan seperti berikut, "Sungguh pada Tuhanku yang Maha Melihat segalanya dan tidak ada yang tersembunyi, jika Engkau melihat bahawa aku tidak taat dan zalim, jika Engkau melihat bahawa aku kejam, maka musnahkanlah aku sehingga menjadi SERPIHAN. Dan redalah kepada musuh-musuhku dan gembirakanlah hati mereka. Dan penuhilah segala keinginan mereka dengan Rahmat-Mu. Hujanilah rumahku dengan api, jadilah MUSUH-ku dan musnahkanlah misiku."

Misi beliau adalah untuk menyatukan umat manusia, menarik mereka ke arah Pencipta, menghapuskan kesemua salah fahaman terhadap Islam dan menzahirkan keindahan Islam hakiki.

Tuhan telah mengurniakan kejayaan besar kepada beliau dan juga komunitinya (Jamaat Muslim Ahmadiyah) yang sejak dahulu berjuang, berkorban dan menghadapi kesusahan kini telah tersebar ke lebih dari 200 buah negara dengan jutaan pengikut.

Sumpah Demi Tuhan