Ulum al-Quran Ulul Albab

ebook

By Abdul Hanis Embong

cover image of Ulum al-Quran Ulul Albab

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Download Libby on the App Store Download Libby on Google Play

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Library Name Distance
Loading...

Allah SWT memuji dalam al-Quran golongan yang beriman yang disebut sebagai Ulul Albab. Mereka mempunyai akal yang bersih, akhlak yang terpuji serta pemikiran sempurna sehingga mampu memahami hakikat sesuatu perkara dengan sebenar-benarnya. Kepentingan golongan ini dinyatakan dalam al-Quran sebanyak 16 kali dalam 10 surah berlainan berserta dengan faktor kemuliaannya di sisi Allah SWT. Generasi Ulul Albab mempunyai tiga ciri utama iaitu mereka sentiasa mengingati-Nya, sering bertafakur dan berusaha mendekatkan diri dengan Allah SWT mencakupi zikir, fikir dan amal. Hakikatnya, proses pembentukan generasi ini berasaskan kepada satu elemen utama iaitu pembacaan teradap al-Quran (Kalamullah) secara tepat dan sempurna sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW melalui kaedah talaqqi dan musyafahah. Bacaan al-Quran yang tepat merupakan salah satu disiplin daripada disiplin ilmu-ilmu al-Quran (Ulum al-Quran) yang wajib dipelajari setiap Muslim. Sebarang kesilapan (lahn) yang berlaku dalam bacaan al-Quran harus dihindari kerana ia membawa kepada dosa sekiranya sengaja dilakukan atau berkekalan dalam kesalahan tanpa penambahbaikan. Oleh yang demikian, buku Ulum al-Quran Ulul Albab ini dihasilkan bagi menampung masalah yang dihadapi oleh para pembaca al-Quran. Buku edisi pertama ini memfokuskan kepada "Makhraj Huruf dan Sifat Huruf" kerana ia merupakan perkara terpenting dalam menyempurnakan bacaan al-Quran. Akhirnya, menerusi pembelajaran buku ini diharapkan mampu menghasilkan generasi Ulul Albab yang mempunyai bacaan al-Quran yang sempurna, kemudian memudahkan mereka untuk menguasai disiplin ilmu-ilmu lain yang seterusnya dapat berfikir, berusaha menyelesaikan masalah melanda umat Islam khususnya, masyarakat dunia umumnya.

Ulum al-Quran Ulul Albab