
Sign up to save your library
With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.
Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Search for a digital library with this title
Title found at these libraries:
Library Name | Distance |
---|---|
Loading... |
Pemakaian qarinah dalam kesalahan hudud merupakan perkara yang tidak disepakati oleh para ulama. Perbincangan tajuk-tajuk seperti definisi Qarinah, pembahagian Qarinah, penghujahan Qarinah dan kedudukan qarinah dalam kesalahan hudud diperincikan mengikut kesalahan-kesalahan hudud itu sendiri iaitu kesalahan zina, meminum arak, mencuri, pemberontakan, merompak dan murtad. Keistimewaan Qarinah sebagai Instrumen Pensabitan Kesalahan Hudud ini ialah, ia tidak memfokuskan kepada mahzab Syafie tetapi membincangkan pelbagai padangan ulama dan dalam bentuk perbandingan. Metode perbandingan penting kerana ia mampu memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih luas dan mendalam terhadap sesuatu isu dan masyarakat pembaca akan lebih bersikap terbuka dalam berhadapan isui-isu khilafiah. Selain itu, buku ini juga turut memuatkan dalil-dalil yang telah digunakan oleh para ulama dalam mengutarakan pandangan masiang-masing sebagai sandaran yang telah digunakan oleh para ulama tersebut. Penulisan padat dan terperinci ini mampu memberikan gambaran mengenai pandangan-pandangan ulama dalam pelbagai mahzab secara menyeluruh tentang kedudukan Qarinah dalam kesalahan Hudud.