Penyelidikan Saintifik Sains Sosial

ebook

By Nur Azura Sanusi

cover image of Penyelidikan Saintifik Sains Sosial

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Download Libby on the App Store Download Libby on Google Play

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Library Name Distance
Loading...

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun dalam pengajaran, penyeliaan dan penyelidikan. Berdasarkan buku-buku yang ada di pasaran, amat sukar mendapatkan buku yang padat dan ringkas yang berfungsi sebagai panduan cepat dan mudah dalam melaksanakan penyelidikan. Sehubungan itu, buku ini ditulis sebagai panduan ringkas bagi memudahkan penyelidikan khususnya bagi para penyelidik baharu. Umumnya proses penyelidikan memerlukan ketekunan dan kepekaan penyelidik kerana setiap proses adalah berkesinambungan serta menjawab persoalan kajian dan objektif kajian yang dibentuk berdasarkan permasalahan atau isu kajian yang dikenal pasti. Permasalahan atau isu yang dikaji akan menentukan jenis penyelidikan yang dilaksanakan sama ada berbentuk penyelidikan asas atau penyelidikan gunaan. Kedua-dua jenis penyelidikan tersebut memerlukan pengumpulan data atau fakta yang sahih serta menghasilkan dapatan kajian yang mewakili situasi populasi sebenar. Untuk memastikan dapatan kajian yang dapat mewakili situasi populasi sebenar, proses penyelidikan perlu dilaksanakan dengan kaedah saintifik dan objektif serta dapat diukur secara kuantitatif atau kualitatif. Namun buku ini hanya akan menumpukan kepada penyelidikan berbentuk kuantitatif.

Penyelidikan Saintifik Sains Sosial