
Sign up to save your library
With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.
Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Search for a digital library with this title
Title found at these libraries:
Library Name | Distance |
---|---|
Loading... |
Pengujian psikologi merupakan satu cabang ilmu tentang pengukuran tingkah laku manusia. Cabang ilmu ini bukan sahaja dapat mengukur tingkah laku manusia yang dapat diperhatikan dengan mata kasar, bahkan tingkah laku yang terpendam. Ujian psikologi mestilah sah iaitu mengukur apa yang hendak diukur dan boleh dipercayai iaitu skornya tekal merentasi masa. Pengujian Psikologi adalah satu tatacara piawai untuk mendapat sampel tingkah laku bagi sesuatu konstruk. Ia terdiri daripada satu set kenyataan atau item yang boleh digunakan untuk mengukur tingkah laku dan karektor manusia. Tingkah laku manusia pula biasanya dikategorikan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan seperti tingkah laku memimpin dan tingkah laku terpendam seperti sikap (Braj Kumar Mishra, 2016). Bidang ilmu ini didapati sangat menyumbang untuk mengukur tingkah laku manusia secara sistematik, sah dan boleh dipercayai.