
Sign up to save your library
With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.
Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Search for a digital library with this title
Title found at these libraries:
Library Name | Distance |
---|---|
Loading... |
Justeru, Perutusan Tahun Baharu 2014 membawa tema 'kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan' (consensus, inclusiveness, engagement). Kita akan mengatur setiap langkah dengan mengambilkira pandangan semua pihak. Setiap pandangan akan diraikan sewajarnya untuk membolehkan seluruh warga universiti memberi pandangan konstruktif agar usaha penambahbaikan secara berterusan dapat dilaksanakan. Sesungguhnya semangat kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan telah digagaskan oleh kepimpinan universiti dari dahulu hingga kini walaupun pelaksanaannya mungkin nampak berbeza dan unik. Kita amat berterima kasih atas sumbangan kepemimpinan dan warga UTM terdahulu yang telah berjaya membina satu budaya kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan warga universiti yang jelas dirasai impaknya pada masa ini. Sesungguhnya, ini adalah aset yang amat bernilai yang perlu dipelihara dan terus disuburkan oleh kita bersama untuk memastikan UTM terus unggul terbilang dan menjadi universiti sanjungan bangsa.