We want your feedback!
Click here
cover image of Akidah Penghayatan Tauhid Al-Quran Edisi 2

Akidah Penghayatan Tauhid Al-Quran Edisi 2

by Ramli Awang

ebook

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today

Aspek penghayatan akidah tauhid yang menjadi teras serta dasar dakwah bagi semua nabi dan rasul sejak nabi Allah hingga nabi Muhammad SAW menjadi mauduk perbincangan buku ini. Intipati pemahaman akidah tauhid dalam pandangan al–Quran yang berpaksikan kepada dua kalimah syahadah adalah menyeluruh merangkumi setiap aspek kehidupan manusia secara praktikal. Iktikad yang jazam, ikrar dengan lidah dan amal dengan anggota adalah teras kepada akidah tauhid menurut al–Quran dan Sunnah. Mentauhidkan Allah tidak terhenti pada makrifat dan pengakuan tentang keesaan Allah pada dhat, sifat dan af'al sahaja. Malahan Allah SWT itu wajib diesakan juga dalam perkara yang melibatkan aspek amalan mentauhidkan Allah seperti dalam pentadbiran dan pengurusan, ibadat dan pengabdian diri, penetapan hukum–hakam, memohon pertolongan (isti'anah), takut dan harap (al–khawf wa al–raja), kecintaan (mahabbah) serta penciptaan. Akidah tauhid yang disampaikan oleh al–Quran adalah untuk dihayati dan dimantapkan dalam jiwa. Ia bukannya perdebatan yang bersumberkan falsafah Ilmu Kalam yang bersifat teori mengenal Allah dengan batasan konsep sifat 20 sepertimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam kini. Turut dibincangkan dalam buku ini ialah metod al–Quran dalam membentangkan akidah tauhid; pandangan serta penyesalan beberapa tokoh ulama Salaf terhadap metod Ilmu Kalam yang dianggap menyimpang daripada matlamat sebenar kaedah menanamkan akidah kepada umat Islam; aspek riddah dan perkara yang membatalkan syahadah serta ciri masyarakat berakidah sebenar.

Publication Details

Publisher:
Penerbit UTM Press
Publication Date:
2013

Format

  • OverDrive Read 10.2 MB
  • Adobe EPUB eBook 10.2 MB
Akidah Penghayatan Tauhid Al-Quran Edisi 2
Copy and paste the code into your website.