
Sign up to save your library
With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.
Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Search for a digital library with this title
Title found at these libraries:
Library Name | Distance |
---|---|
Loading... |
Masyarakat Orang Asli merupakan salah satu daripada kaum peribumi di Malaysia yang dikenali sebagai kaum yang ketinggalan daripada arus pemodenan semasa. Terdapat 18 suku kaum masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Sebahagian besar merekea masih lagi mengamalkan aktiviti sosioekonomi bersifat tradisional dan bergantung kepada sumber hutan di sekitar penempatan mereka. Oleh yang demikian, kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat Orang Asli adalah tinggi bagi setiap negeri yang didiami.Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan masyarakat Orang Asli terutama dari segi transformasi sosioekonomi dan budaya. Pembangunan kawasan sekitar penempatan dijadikan kawasan ladang bagi membolehkan mereka memperolehi pendapatan tetap dan keluar daripada garis kemiskinan. Namun begitu, pembangunan ini tidak lagi menjamin kelestarian kehidupan masyarakat Orang Asli. Sosioekonomi dan budaya mereka telah berubah daripada bekerja mencari sumber hutan kepada bekerja ladang. Oleh yang demikian pembangunan yang dilakukan sebenarnya menolak kelestarian kehidupan asal masyarakat Orang Asli. Persoalannya, sejauh manakah kelestarian masyarakat Orang Asli dapat bergerak seiring dengan arus pemodenan?Buku ini turut menggambarkan latar belakang sosioekonomi dan budaya masyarakat Orang Asli. Berdasarkan isu tersebut, buku ini akan membincangkan secara langsung mengenai pembangunan dan kelestarian masyarakat Orang Asli khususnya kaum Semaq Beri yang mendiami kawasan sekitar Tasik Kenyir, Terengganu.