
Sign up to save your library
With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.
Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Search for a digital library with this title
Title found at these libraries:
Library Name | Distance |
---|---|
Loading... |
Di negara-negara maju, senario menunjukkan, penjimatan besar-besaran diraih dengan gembira oleh usahawan bisnes kecil, kerana mereka berpeluang sama-sama bersaing promosi dengan syarikat gergasi lain melalui carian Google. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang drastik di Malaysia menarik minat Google bagi menempatkan pejabat operasi Asia Tenggara mereka di Kuala Lumpur. Urus Bisnes dengan Google membimbing kita mengenali dan mahir menggunakan aplikasi Google. Antara aplikasi Google yang penulis huraikan adalah Gmail, Google Talk, Google Profile, Google Docs, Google Calendar, Google Groups, Google Maps, Google Alerts dan Google Search. Ia ditulis secara langkah demi langkah, satu per satu, dengan dibantu oleh screenshot yang mudah difahami dan diikuti secara langsung oleh pembaca. Zamri Mohamad, pengasas bersama laman web KursusPerniagaan.com, sering menganjurkan bengkel dan seminar pemasaran, pembinaan laman web, pengurusan risiko dan penjenamaan bisnes kecil. Kepakaran beliau berteraskan falsafah Brandentiti, iaitu prinsip yang mengutamakan jenama dan identiti bisnes. Urus Bisnes dengan Google beliau tulis, semata-mata demi membimbing pengusaha bisnes kecil mempopularkan jenama dengan cara yang sama dilakukan oleh syarikat gergasi.