Hidup Tenang Walaupun Berhutang

ebook

By Shamsuddin Abdul Kadir

cover image of Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Download Libby on the App Store Download Libby on Google Play

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Library Name Distance
Loading...

Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang (HTWB) merupakan sebuah buku panduan pengurusan kewangan yang bermutu. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama merupakan naratif kegagalan pengurusan kewangan peribadi seorang pemuda bernama Kamarul. Penulis buku HTWB menggunakan kreativiti penceritaan untuk menerangkan pergelutan diri Kamarul menghadapi hutang.

Manakala bahagian kedua memuatkan senario berhutang yang biasa berlaku. Bahagian kedua mengandungi lima bab (2 hingga 6) yang menghuraikan beberapa perkara. Antaranya ialah keadaan orang yang berhutang, faktor penolak orang yang berhutang, jenis pinjaman, kegagalan melangsaikan hutang serta pengurusan kewangan secara bijaksana. Bahagian kedua mengajak pembaca merancang kewangan keluarga, pinjaman bank dan pelan-pelan pengurusan wang yang berkesan.

Setelah disebutkan senario hutang yang biasa, penulis mamuatkan pula penyelesaian yang boleh diguna pakai. Hal ini termasuklah menguruskan pembayaran pinjaman tanpa dikenakan sebarang faedah. Orang yang berhutang hanya perlu membayar hutang mengikut jumlah yang dipinjamnya sahaja. Pembaca juga ditunjukkan cara-cara menjadualkan pengurusan kewangan supaya mampu memiliki kebebasan wang yang seluas-luasnya.

Buku setebal 174 halaman ini disyorkan kepada semua golongan tanpa mengira status kewangan kerana tidak semestinya orang yang hidup mewah tidak berhutang. Ia mengandungi panduan mudah yang boleh dipraktikkan. Kehidupan yang diselubungi hutang bermaksud orang yang berhutang sentiasa bekerja mencari wang untuk membayar hutang semata-mata. Setiap detik dalam kehidupan difokuskan untuk menghapuskan hutang tanpa memperoleh keselesaan hidup selepas dia berhenti kerja/bersara.

Hidup Tenang Walaupun Berhutang