We want your feedback!
Click here
cover image of Aina Aini

Aina Aini

Model Terhangat

by Salina Ibrahim

ebook

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today

Bosannya bercuti panjang sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM! Kembar tidak seiras, Aina Syuhada dan Aini Syahida menghabiskan masa lebih seminggu di kediaman ibu saudara mereka di Kuala Lumpur.

Sepupu mereka, Emelia adalah seorang model majalah. Semasa menyibuk menemani Emelia menjalani penggambaran fesyen di sebuah majalah, tanpa disangka-sangka mereka ditawarkan peluang mencuba bakat sebagai model. Terkejutnya! Namun, apa salahnya mereka mencuba?

Keistimewaan mereka menarik perhatian pihak tertentu. Akhirnya, Aina Syuhada dan Aini Syahida ditawarkan peluang muncul pada lembaran majalah. Tidak disangka, tidak pernah termimpi akan ditawarkan peluang ini!

Sekali-sekala ke ibu kota, dapat juga pengalaman baru. Dapat berkenalan juga dengan teman baru.

Namun, ada insiden yang tidak disangka-sangka berlaku. Berlaku kemalangan yang tidak kurang mencemaskan. Apa yang sebenarnya berlaku kepada Aina Syuhada dan Aini Syahida? Jawapannya dalam Aina Aini : Model Terhangat!

Publication Details

Publisher:
PTS Media Group Sdn Bhd
Publication Date:
2014

Format

  • OverDrive Read 874.8 KB
  • Adobe EPUB eBook 874.8 KB
Aina Aini
Copy and paste the code into your website.