
Sign up to save your library
With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.
Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Search for a digital library with this title
Title found at these libraries:
Library Name | Distance |
---|---|
Loading... |
Dengan meningkatnya kejadian autisme dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini, ibu bapa dan para guru memerlukan pengetahuan dan keahiran untuk mendidik kanak-kanak ini. Namun, di Malaysia kesedaran mengenai autisme masih berada di tahap yang sangat rendah. Tidak banyak maklumat dan bahan mengenai autisme dalam Bahasa Melayu yang boleh didapati untuk dijadikan sebagai rujukan, sehingga menyebabkan ibu bapa dan para guru mengalami masalah dalam menentukankaedah pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian untuk kanak-kanak yang mengalami autisme. Untuk membantu ibu bapa serta para guru, buku mengenai pengajaran berstruktur ini dihasilkan bagi meperkenalkan sebuah kaedah pengajaran yang terbukti berkesan untuk mendidik kanak-kanak ynag mengalami autisme. Kaedah ini adalah pengajaran berstruktur yang dibangunkan berdasarkan kajian saintifik mengenai gaya pembelajaran kanak-kanak yang mengalami autisme. Kaedah ini telah digunakan secara meluas untuk mereka di seluruh dunia. Selain menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan engajaran berstruktur dan cara penyediaan bahan bantu mengajar yang menerangkan cara untuk mengimlementasikannya, buku ini turut menerangkan cara penyediaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian berdasarkan tahap kebolehan pelajar. Dengan adanya panduan penyediaan bahan bantu mengajar ini, ibu bapa dan para guru dapat menyediakan sendiri bahan bantu mengajar ini dan mempelbagaikannya berdasarkan kreativiti dan objektif pembelajaran yang perlu dicapai. Contoh bahan bantu mengajar yang ditunjukkan dalam buku ini disediakan secara mudah menggunakan material berkos rendah.