Kaedah Penyelidikan Sosial daripada Perspektif Islam

ebook

By Ahmad Munawar Ismail

cover image of Kaedah Penyelidikan Sosial daripada Perspektif Islam

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Download Libby on the App Store Download Libby on Google Play

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Library Name Distance
Loading...

Penyelidikan adalah untuk menyelesaikan masalah. Pengetahuan, penguasaan dan kemahiran dalam kaedah penyelidikan membantu penyelidik melaksanakan penyelidikan dan menyelesaikan masalah penyelidikan dengan berkesan. Ia juga sangat berkait rapat dengan mutu dan kualiti dengan penyelidikan. Penyelidikan yang mematuhi prosedur kaedah penyelidikan akan menghasilkan dapatan yang jujur walaupun bukan satu penyelesaian yang bersifat muktamad. Ia juga akan menghasilkan kepuasan kepada diri penyelidik kerana dapatan penyelidikannya dapat memberi manfaat kepada agam, masyarakat dan negara. Buku kaedah dapat memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara. Buku kaedah penyelidikan sains sosial daripada perspektif Islam ini adalah penyelerasan antara metode penyelidikan dalam pengajian Islam dengan metode penyelidikan sains sosial. Kandungan buku ini mengandungi aspek asas yang diperlukan dalam penyelidikan berkontekskan Islam dan masyarakat Islam di Malaysia. Perbezaan buku ini dengan buku lain berkenaan metode penyelidikan adalah penumpan kandungannya terhadap konsep-konsep asas penyelidikan Islam seperti epistemologi, falsafah dan akhlak dalam penyelidikan. Tumpuan juga diberikan kepada penerangan terhadap prosedur asas penyelidikan yang berkaitan dengan kaedah merujuk al-Quran dan hadis, rujukan terhadap ijtihad ulama melalui kitab turath mereka dan pembinaan kerangka teori dan kerangka konsep dalam penyelidikan nerkontekskan Islam dan masyarakat Islam. Selain itu, kaedah lazim dalam penyelidikan pengajian Islam juga turut diterangkan. Penyelidikan tindakan, pembangunan penyelidikan, metode kuantitatif, metode kualitatif, persampelan dan kesahan serta kebolehpercayaan dalam penyelidikan pengajian Islam diterangkan dan diolah dengan bahasa yang mudah bersama contoh yang arkab dengan kajian berkaitan dengan masyarakat Islam. Buku ini juga diterbitkan sebagai bahan bacaan tambahan kepada penyelidik, pensyarah dan pelajar pengajian Islam yang mengambil kursus kaedah penyelidikan.

Kaedah Penyelidikan Sosial daripada Perspektif Islam