Etnosentrisme dalam Syair-syair Perang Melayu-Belanda

ebook

By Zubir Idris

cover image of Etnosentrisme dalam Syair-syair Perang Melayu-Belanda

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Download Libby on the App Store Download Libby on Google Play

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Library Name Distance
Loading...

Kedatangan kolonial Barat di Alam Melayu seperti Portugis, diikuti Belanda, Sepanyol dan Inggeris sesungguhnya telah mencetuskan konflik yang berpanjangan di antara pihak penjajah dan masyarakat peribumi, yang akhirnya membawa kepada peperangan sebagai kemuncak respons. Karya-karya pensejarahan Melayu (historiografi Melayu) merakam dan mengabdikan bagaimana etnik peribumi Melayu Nusantara berjuang menentang penjajah bagi mempertahankan Tanah Air mereka. Melalui karya-karya syair sejarah/syair perang (contohnya seperti Syair Perang Mengkasar, Syair Peperangan Aceh dan Syair Perang Menteng yang mewakili etnik Melayu Nusantara umunya), luapan etnosentrisme anak watan diterjemahkan dalam pelbagai aspek sama ada bersifat spiritual, mental mahupun fizikal bagi menghadapi pihak musuh. Faktor maruah, semangat patriotisme yang tinggi serta pegangan yang teguh terhadap ajaran agama yang dimanifestasikan melalui jihad fisabilillah adalah ciri-ciri asas yang membina dan membangunkan etnosentrisme Melayu. Pengalaman berabad-abad lamanya ditakluk dan dikuasai penjajah sesungguhnya telah menyediakan satu ruang dan kesempatan kepada pengarang-pengarang silam melayu untuk membangkitkan kesedaran dan ingatan kepada generasi mendatang tentang sejarah perjuangan nenek moyang mereka. Melalui sentuhan pengarang silam ini, etnosentrisme etnik Melayu diangkat bagi menyerlahkan wibawa dan keunggulan masa silam yang pernah dimiliki oleh leluhur mereka, dan seterusnya 'dikembalikan' kepada masyarakat yang diwakilinya.

Etnosentrisme dalam Syair-syair Perang Melayu-Belanda