Berkeras Patah Berlembut Lentur: Perintah Bagi Pesalah Kanak-kanak

ebook

By Mohd Al Adib Samsuri

cover image of Berkeras Patah Berlembut Lentur: Perintah Bagi Pesalah Kanak-kanak

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Download Libby on the App Store Download Libby on Google Play

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Library Name Distance
Loading...

Setiap kanak-kanak yang diproses di Mahkamah bagi kanak-kanak akan menerima perintah yang diperuntukkan dalam Akta Kanak-kanak 2001. Perintah-perintah itu seperti amaran, denda, bon berkelakuan baik, tahanan keinstitusian di Sekolah Henry Gurney, Sekolah Diluluskan (Sekolah Tunas Bakti), percubaan dan pemenjaraan. Setiap perintah ini mempunyai teori penghukuman tertentu yang mendasarinya. Teori-teori penghukuman seperti pencegahan, pemulihan, pembalasan dan penghilang keupayaan telah lama digunakan oleh mahkamah dalam menjustifikasikan hukuman yang dikenakan kepada pesalah. hanya dua teori penghukuman yang digunakan untuk pesalah kanak-kanak iaitu teori pencegahan dan teori pemulihan. Kedua-dua teori ini saling bertentangan antara satu sama lain dan menghasilkan perintah yang berbeza. Malahan, terdapat negara yang seringkali mengubah teori penghukumannya bagi menyelesaikan gejala peningkatan jenayah di kalangan kanak-kanak. Di sinilah konflik yang sering timbul dalam sistem peradilan kanak-kanak di pelbagai negara, termasuklah Malaysia. Buku ini membincangkan tentang teori penghukuman yang digunakan dalam mengeluarkan perintah bagi pesalah kanak-kanak di Malaysia. termasuklah perintah-perintah yang terbit daripada teori tersebut. Teori pencegahan dan pemulihan dibahaskan secara terperinci terutamanya aplikasinya dalam perintah kanak-kanak. Buku ini wajar dibaca oleh para majistret dan hakim, pegawai sosial, para ahli akademik, pelajar dan semua individu yang terlibat dalam sistem peradilan kanak-kanak di Malaysia.

Berkeras Patah Berlembut Lentur: Perintah Bagi Pesalah Kanak-kanak