Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi

ebook

By Nor Shafrin Ahmad

cover image of Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

Perkhidmatan kaunseling kini telah diterima dengan baik di Malaysia. Kaunselor ditempatkan di pelbagai kedudukan sama ada di sekolah, sektor pekerjaan awam dan swasta, institusi malahan orang ramai kini sanggup membayar perkhidmatan kaunselor terlatih dalam proses mereka mendapatkan bantuan kaunseling. Persoalan yang sering ditanya oleh kaunselor pelatih ialah mengapa perlunya teori kaunseling sedangkan yang penting ialah proses membantu klien itu sendiri. Namun pada hakikatnya teori kaunseling itu penting dan perlu kerana ia menjadi garis panduan kepada para kaunselor dalam mengendalikan kaunseling. Selain daripada menentukan orientasi kaunseling seseorang kaunselor, teori yang digunakan memberi gambaran pegangan kaunselor itu tentang sifat semula jadi manusia. Dalam usaha memberi kaunseling, para pengamal kaunseling menggunakan pelbagai pendekatan sama ada berorientasikan kognitif, humanistik dan tingkahlaku. Malahan gabungan teori yang asalnya daripada barat ini telah digabungjalinkan dan disesuaikan dengan pengalaman, budaya, fahaman dan adat resam para kaunselor. Gabungan dan penyesuaian ini dilihat menjadi lebih baik dan sesuai dengan klien yang berlatarbelakangkan negara kita, Malaysia. Sebanyak lapan teori utama dibincangkan: Psikoanalisis, Psikologi Individu, Pemusatan Insan, Gestalt, Rasional Emotif Tingkahlaku, Kognitif, Analisis Transaksional dan Realiti. Dalam usaha untuk membantu para pembaca dan mengaplikasikan teori dalam praktik kaunseling dan psikoterapi, satu kes yang sama telah digunakansebagai rujukan. Aspek penting teori seperti konsep, pandangan teori tentang sifat manusia, teknik dibincangkan. Aplikasi teori dalam praktik kaunseling danpsikoterapi dibincangkan dengan keterangan tentang langkah serta teknik yang digunakan dalam mengendalikan kes.

Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi