Modul Psikopendidikan dan Kaunseling Kelompok Teori Adler Terhadap Pelajar Berisiko

ebook

By Siti Salina Abdullah

cover image of Modul Psikopendidikan dan Kaunseling Kelompok Teori Adler Terhadap Pelajar Berisiko

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

Modul Psikopendidikan dan Kaunseling Kelompok Teori Adler Terhadap Pelajar Berisiko diterbitkan sebagai satu usaha bagi membantu meningkatkan nilai diri pelajar ke arah yang lebih baik yang menggabungkan modul psikopendidikan dan modul kaunseling kelompok. Teori Adler digunakan dalam buku ini sebagai asas dalam mendidik pelajar untuk merancang masa depan, mengukuhkan sikap tanggungjawab, sedia bekerjasama dan memberi komitmen serta memupuk minat bersosialisasi dengan baik. Modul psikopendidikan bertujuan memberi pengetahuan mengenai diri, orang lain dan persekitaran, serta memahami diri dan orang lain, seterusnya mengaplikasi kefahaman berkenaan dalam kehidupan seharian. Manakala, modul kaunseling kelompok membantu pelajar membina keyakinan diri melalui interaksi serta perkongsian pengalaman yang berlaku sepanjang sesi kelompok berkenaan. Suasana terapeutik dan hubungan positif yang terbentuk semasa proses kaunseling kelompok antara fasilitator dengan ahli juga dapat mengeratkan kerjasama ahli sebagai pelajar. Pengalaman melalui modul psikopendidikan dan kaunseling kelompok membolehkan pelajar melalui kehidupan positif semasa di alam persekolahan, mengembangkan potensi diri, seterusnya meneroka kejayaan dalam kehidupan yang bermakna pada setiap individu. Modul psikopendidikan adalah bersifat umum dan mampu dilaksanakan oleh guru, pegawai pendidikan, pegawai sosial dan pegawai kebajikan masyarakat. Manakala aktiviti kaunseling kelompok boleh dilaksanakan oleh kaunselor. Justeru, semua pihak serta kaunselor berupaya menyumbang kepada perkongsian maklumat, pendidikan dan perkembangan pelajar seterusnya membantu mereka untuk mempunyai kehidupan yang positif.

Modul Psikopendidikan dan Kaunseling Kelompok Teori Adler Terhadap Pelajar Berisiko