Sign up to save your library
With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.
Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Search for a digital library with this title
Title found at these libraries:
Library Name | Distance |
---|---|
Loading... |
Pembelajaran Teradun mengintegrasikan mod pembelajaran bersemuka di bilik darjah dengan mod pembelajaran secara maya dalam talian. Pengintegrasian ini seharusnya dilakukan secara adil yang mana kedua-dua mod pembelajaran tersebut benar-benar menyokong dan meningkatkan pembelajaran pelajar secara keseluruhan bagi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang koheren dan bermakna. Oleh itu, aktiviti PdPc yang dirancang mestilah dirancang dengan teliti berasaskan prinsip pedagogi yang relevan. Kekuatan kedua-dua mod pembelajaran perlu diambil kira apabila merancang aktiviti Pembelajaran Teradun supaya kekuatan masing-masing adalah saling melengkapi.
Walau bagaimanapun, fokus buku ini adalah lebih kepada komponen pelaksanaan mod pembelajaran dalam talian. Hal ini kerana, dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang pesat masa kini, terdapat pelbagai cara pengendalian mod pembelajaran dalam talian yang boleh dilaksanakan dan sumber yang boleh digunakan yang sentiasa mengalami perubahan, penambahan, penambahbaikan, dan kepelbagaian. Oleh itu, buku ini seboleh-bolehnya cuba memanfaatkan dan mempergunakan trend terkini pembelajaran dalam talian.
Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu teknikal dan diharap berupaya memandu dan memberi inspirasi kepada pendidik bagi melaksanakan Pembelajaran Teradun dengan lebih berkesan. Setiap bab menghuraikan dengan terperinci pelaksanaan mod pembelajaran dalam talian dan alat PdPc yang perlu bagi melaksanakan Pembelajaran Teradun dengan usaha yang minimum.