Pemandu Pelancong Pengurusan Kendiri dan Usaha Niaga Persekitaran
ebook
By Muhammad Abi Sofian Abdul Halim
Sign up to save your library
With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.
Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

Search for a digital library with this title
Title found at these libraries:
Library Name | Distance |
---|---|
Loading... |
Dalam keadaan Malaysia terus membangun, komuniti isi rumah Bottom 40 (B40) tidak wajar dipinggirkan daripada menikmati peluang yang terhasil daripada kemakmuran negara. Komuniti isi rumah B40, tanpa mengira etnik perlu diberi tumpuan, terutamanya isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar serta isi rumah mudah terjejas dan aspirasi. Bagi komuniti isi rumah B40 di luar bandar, mereka lebih cenderung menjadikan sumber daripada persekitaran tempat tinggal seperti terlibat dengan aktiviti perhutanan, ekopelancongan dan sebagainya bagi mendapatkan hasil pendapatan untuk menampung keperluan hidup mereka. Maka, modul pembelajaran yang dihasilkan ini bertujuan membantu golongan tersebut untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti ekopelancongan seperti menjadi seorang Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi. Di samping itu, latihan yang disediakan juga dapat membantu lagi mereka dari segi mempraktikkan pengetahuan dan ilmu semasa di lapangan.